Salah satu sedekah jariah: 1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah. Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

Home Top Ad

HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang diwakafkan dalam bentuk wakaf berikut : A...

Harta yang boleh diwakafkan

HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN

Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang diwakafkan dalam bentuk wakaf berikut :



A) Wakaf Al-I'qar (Harta Tak Alih) iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan seperti:

• Memberikan tanah untuk bangunan atau kegiatan masyarakat yang berguna bagi syiar Islam.

• Memberikan bangunan untuk kegunaan sekolah, hospital dan sebagainya.

B) Wakaf Al-Manqul (Harta Alih) Iaitu harta yang boleh dipindahkan seperti wang tunai, kitab, buku, meja, pakaian, senjata, alat-alat pertanian, binatang yang boleh diambil susunya dan sebagainya.

C) Wakaf Al-Musya'

Menurut kebanyakan ulama' harus mewakafkan harta yang dikongsi atau dimiliki bersama dengan orang lain yang tidak boleh dibahagi seperti dua orang mempunyai hak ke atas rumah dan sebuah kereta. Jika salah seorang pemilik mewakaf bahagiannya, maka wakaf ini adalah sah.

D) Wakaf Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat)

Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan satu tingkat bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang mewakafkan tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat demikian tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie dan Hambali.

E) Wakaf Al-Irsod

Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum seperti sebidang tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya mengikut syarak.

0 comentários: